Sunday, 12 May 2013

Share About Mandrin Subject


kawan2 hehe nk kongsi skit about subjek mandrin . . pgi tadi hani bru lpas present tok assaingmnt group role play . . huhu alhamdulillah slesai jgk akhirnya . . bru level 1 kna la tnam kn minat tok stdy mandrin dri skunk huhu. . ade 2  level lgy . . klau tak kntoi la utk level 2 and level 3 nty . . tengsss to mmber satu group Puarasi and Aina x lpe Dekya tlg bgy idea kiki . . nyh skrip role play pgi tdi sje ske2 nk kongsi :) :) 


Situation : Puarasi meet her friends Hani and Aina which she not seen long time ago .
Puarasi : Hani, Hao jiu bu jian. Ni hao ma ?
Hani : Wo hen hao, ni ne ?
Puarasi : Wo ye hen hao, ta shi shui ?
Hani : Ta shi wo de hao pengyou, Aina
Aina : Hen gaoxing jian dao ni
Puarasi : Wo ye hen gaoxing jian dao ni. Ni hao ma ?
Aina : Wo hen hao, xiexie
Puarasi : Aina, ni jiehun le ma ?
Aina : Wo hai meiyou jiehun
Hani : Puarasi, ni ye you hen pioliang
Aina : Puarasi, ni zhu zai nail ?
Puarasi : Wo zhu zai Shubang, ni ne ?
Hani : Wo zhu zai PJS lu
Aina : Wo zhu zai Sha’ a nan
Hani : Xianxai ji dian le ?
Aina : Xianxai xiawu wu dian sishiwu fen le
Puarasi : ni you mei you jiejie ?
Hani : Wo yao liang jiejie
Aina : Chule yige jiejie, wo hai you liang ge gege
Hani : Ni jia you jig e ren ?
Puarasi : Wo jia you jig e ren, wo baba, wo mama he wo
Aina : Ta shi shui ?
Puarasi : Ta shi wo de nan, pengyou
Hani : Tajiao, shenme mingzi ?
Puarasi : Tajiao
Puarasi : Ni ji shi you kong ?
Hani : Xing qi liu wo hen mang
Aina : Wo bu mang
Puarasi : Ni yao qu yecan ma ?
Aina : Wo dou ke yi
Hani : Wo kao lu xian, ni ji shi yao qu
Puarasi : Wo xiang zhe ge xing qi ri
Aina : Hao
Hani : ji dian
Puarasi : Mingtian, tiu dian
Aina : Zai nail ?
Puarasi : Zai ba shi zhan deng wo
Hani & Aina : Tai hao le
Hani, Aina & puarasi : Jajian
Hani :
Aina :
Hani : Tai hao le



Friday, 10 May 2013

Hasil Kerja


Pengedar dadah tumpas

Alor Setar : Polis berjaya merampas 1.2 gram dadah jenis heroin yang dianggarkan bernilai 27 hingga 45 ribu ringgit berikutan penahanan sekumpulan lelaki di sebuah bilik motel kompleks perniagaan Sultan Abdul Hamid turut di rampas sebuah kereta proton satria, empat buah telefon bimbit, penimbang elektronik dan wang tunai benilai 2 ribu ringgit dipercayai hasil daripada jualan dadah.
 Kesemua suspek di percayai warga tempatan berasal dari kedah berusia dalam lingkungan 19 hingga 35 tahun di tangkap ketika leka membungkus dadah dalam serbuan yang di ketuai oleh Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP  Adzman Mohd Jan  pada jam 9 pagi semalam.
Sehubungan itu, ke semua suspek di bawa ke Ibu Pejabat Daerah Kota Setar untuk menjalani ujian air kencing dan didapati positif dadah jenis meta fetamin. Suspek ditahan dibawah akta 39 B akta dadah merbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.  
   Berikutan penahanan tiga suspek yang bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dadah sekitar kuala kedah dan alor setar polis mengangap kes ini selesai.

Pesta Buku UUM


Pelancaran Pesta Buku Utara 2013
Sintok : Pesta Buku Utara 2013 kali yang ketiga dengan tema “ Cintailah Buku Cintai Ilmu “ sempena program jelajah buku ilmiah telah dijalankan pada 10 hingga 16 Mac bertempat di Perpustakaan Sultanah Bahiyah Universiti Utara Malaysia di bawah anjuran UUM Press dengan kerjasama Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) , Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM) dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA).
Pesta Buku Utara 2013 ini telah dirasmikan oleh Naib Canselor (UUM) pada 11 Mac 2013, sekaligus melancarkan 22 buah buku baru terbitan UUM Press turut hadir pada Majlis Perasmian tersebut ialah Kasim Thukiman pengerusi  jawatankuasa pemasaran (MAPIM),  Zulhakim Sanip wakil penerbit buku Malaysia (MABOPA) dan pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia.
Pesta Buku Utara 2013 yang telah berlangsung salama enam hari ini melibatkan 38 gerai pempamer antaranya ialah Galeri  Ilmu Sdn Bhd, Art Square Creation Sdn Bhd , E-Media Publication Sdn Bhd , Penerbit IPTA dan Fajar Ulung Sdn Bhd.
Antara pengisian Pesta buku yang telah dianjurkan pada tahun ini adalah hari bertemu pelanggan Perpustakaan Sultanah Bahiyah , Klinik perundingan bersama pengarang , library info hunt, kuiz online, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, puppet show, senamrobik, pertandingan bercerita, choral speaking competition dan program motivasi dari sekolah ke IPTA.  

Remaja Hilang


Remaja lari dari rumah, saban hari kita dah dimuakkan dengan kes seperti itu. Sebahagian besarnya adalah remaja perempuan yang lari mengikut teman lelaki dan kebanyakkannya adalah pelajar-pelajar belasan tahun yang masih bersekolah. Itu belum lagi kahwin lari dengan warga asing dari Indonesia dan Bangladesh. Sanggup tinggalkan keluarga dan Negara Malaysia yang indah ni, menuju ke penghidupan di sebuah Negara yang miskin papa kedana semata-mata cinta kononnya. Tapi biasanya  tidak lama kerana pasti akan berakhir dengan kesengsaraan dan kepayahan hidup. Akhirnya minta bantuan keluarga untuk membantu mereka balik semula ke Malaysia. Cinta konon!!
Apa yang tak kena dengan anak-anak perempuan kita sekarang ni? Tak cukup ibu bapa bagi makan ke? Tak cukup pakai dan kesenangan lagi ke? Nak kasih sayang yang macam mana lagi? Kadang-kadang remaja yang terlibat ada yang berasal dari keluarga yang berada dan mempuyai nilai agama yang  tinggi.
Ibu mengandungkan mereka selama 9 bulan 10 hari, ayah membanting tulang mencari rezeki untuk membesarkan mereka. Ibu bapa sayangkan anak mereka sampai nyamuk nak gigit pun tak boleh.. Itu belum lagi pengorbanan yang sabar dalam membesar,membela dan menjaga ketika sakit. Tapi bila dah besar, dah pandai, dah cantik, dah pandai bercinta…pengorbanan ibu bapa dipersiakan.  Kepayahan ibu bapa membesar dan menjaga mereka telah dilupakan. Hanya kerana mengejar dan ingin membuktikan perasaan kasih sayang dan cinta kepada ntah jantan mana yang baru dikenali setahun dua.  Yang lebih dasyat dan bikin panas hati, boleh pulak kata lari kerana tidak tahan lagi dengan kekangan disebabkan ibubapanya yang sentiasa menegur dan memarahi setiap perbuatanya. Kalau dah benda yang kau buat tu salah dan berdosa atau boleh membawa kepada perkara yang tak baik, takkanlah mak bapak kau nak biarkan.  Semuanya atas alasan tidak bebas dan terkongkong. Nak bebas macam mana lagi, adakah bebas tu bermaksud kau boleh tidur dirumah boyfriend, boleh keluar malam-malam lepak sana sini,  boleh berpeluk jantan sana jantan sini, boleh merayau-rayau tak tentu arah di pekan-pekan atau Bandar? Boleh masuk pub-pub?
Sudah banyak kejadian yang berakhir dengan tragedi pelacuran dan penganiayaan lain di dada-dada akhbar. Tapi mereka tidak ambil pun itu sebagai tauladan dan panduan. Kesetiaan, perasaan sayang dan kepercayaan kepada teman lelaki mengatasi segalanya. Tidak ada yang dapat memisahkan cinta mereka kononya, sehingga sanggup mengikut teman lelaki melarikan diri. Kalau berkekalan bahagia ok lah jugak, tapi baru sebulan dua dah merintih minta bantuan keluarga mengambil mereka pulang sebab dah tak tahan lagi.  Kecil-kecil ibu bapa dah bersusah payah membela korang jadi insan yang berguna. Kalau ibu bapa yang memang orang senang tu lainlah jugak. Bagaimana ibu bapa yang ada anak sampai berbelas-belas orang tapi hanya seorang nelayan Cuma mengharapkan rezeki dilaut. Tapi masih mampu menyekolahkan anak-anaknya. Sebaliknya bila anak dah besar, bukan menyenangkan, malah menambah pulak lagi masalah dan memalit malu ke muka mereka


Dadah Tumpas


BANGI – Statistik 2010 yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan kes remaja lari dari rumah meningkat dengan angka mencatatkan sebanyak 4,097 remaja yang membabitkan seawal usia 13 hingga 17 tahun.
Pensyarah Psikologi dan Pembangunan Manusia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Nazirah Hassan berkata, Malaysia kini berada di dalam perubahan ke arah kemajuan yang membawa arus hedonisme sekaligus memberi impak negatif kepada masyarakat khususnya remaja.
“Kalau kita lihat remaja yang dilahirkan kini di atas fasa yang penuh keagresifan, memberontak, celaru identiti, mudah terpengaruh dan lebih kepada ke arah kebebasan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemubual oleh wartawan TV ISMA berhubung isu kes remaja lari dari rumah yang semakin membimbangkan.
Daripada kes kehilangan remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan diculik dari sebuah hentian bas di Seksyen 9, Shah Alam 31 Januari lalu, sebelum berjaya diselamatkan Polis Thailand di Bangkok pada 11 Mac lalu, dan disusuli pula dengan kejadian seorang lagi remaja Tingkatan Tiga di Kuantan yang mendakwa diculik, tetapi timbul fakta terbaru kononnya dia melarikan diri ke rumah keluarga teman lelakinya.
Perkembangan ini membimbangkan semua pihak kerana ia merupakan di antara penyumbang terbesar kepada masalah kritikal yang lain seperti mangsa jenayah kekerasan, sama ada dirogol, dilacurkan atau dibunuh.
Kelihatan pula keruntuhan akhlak dan moral turut berlaku di kalangan remaja kini khususnya membabitkan remaja berbangsa Melayu.
Menurut Nazirah, bukan golongan remaja sahaja yang wajar dipersalahkan, tetapi terdapat faktor lain yang perlu dilihat apabila remaja kini mengambil jalan mudah untuk melarikan diri.
“Masalah ini datang berpakej, bukan sahaja desakan dalaman diri, tapi sistem sosial dan keluarga sebenarnya juga menyumbang kepada remaja untuk lari daripada rumah.
“Ini bukan era menuding jari kepada remaja, menyalahkan kerajaan, pihak polis dan pihak lain kerana orang yang paling dekat dengan anak-anak ialah ibu bapa.
“Ibu bapa harus belajar cara mendidik anak generasi Y, generasi moden sekarang tak boleh dididik dengan cara marah, rotan, dan sebagainya, tetapi sekarang ini ibu bapa harus menjadi kawan kepada anak-anak, tahu apa masalah mereka, benarkan anak bagi pendapat,” jelas beliau.
Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof. Madya Dr. Mohamed Fadzil Che Din, yang mengulas Laporan Khas mengenai remaja hilang akhir tahun lalu, kajian terhadap 379 remaja yang pernah lari dari rumah menunjukkan mereka mengakui bahawa tekanan menyumbangkan kepada faktor utama, selain 105 kes membabitkan pengaruh kawan, 55 kes ingin bebas, 41 kes bergaduh dengan keluarga, 38 kes bosan dan 35 kes kurang kasih sayang.
Bagi Khairudin Abas selaku wakil pendidik di salah sebuah sekolah, ibu bapa yang juga pihak paling rapat dengan anak-anak mereka perlu memainkan peranan penting dalam menawan hati mereka untuk memahami setiap permasalahan yang dialami.
“Peranan utama yang perlu dimainkan ialah kukuhkan institusi kekeluargaan.
“Ada 3 aspek utama, iaitu penerapan ilmu dari sudut iman, amal dan ketaqwaan kepada Allah, yang kedua penguasaan akhlak dan yang ketiga, pendidikan sunnah yang dijalankan oleh rasul, dengan cara 7 tahun diajar untuk solat iaitu tahap penting bagi setiap ibu bapa, kemudian berumur 14 tahun diajar dengan ketegasan, dan selepas 14 tahun sehingga besar, disantuni dan disahabati bersama mereka,” ujarnya.

Pertemuan dan Perpisahan

setiap kali ada pertemuan di situ juga ada perpisahan . perpisahan amat menyakitkan kadangkala aku tidak percaya akan sebuah pertemuan . aku tercari-cari cinta dari seorang insan yang bernama sahabat , aku amat dahaga kan kasih sayang daripada mereka , mengapa sebuah hubungan yang terjalin di akhiri dengan perpisahan . mengapa insan yang bernama sahabat sukar untuk di cari ? ? aku sentiasa ingin kan persahabatan yang terjalin bertahun lama kekal hingga akhir hayat . kesetiaan dan kejujuran dalam persahabatan telah lama aku idam-idamkan daripada kejujuran dan kesetiaan dalam percintaan yang tiada kesudahan . aku tak sanggup lagi kehilangan rakan-rakan yang aku sayang mereka adalah semangat aku untuk meneruskan kehidupan . sahabat adalah anugerah yang teristimewa yang di beri dalam kehidupan untuk menemani kita dalam apa jua keadaan susah mahupun senang . andai aku tersilap kata atau perbuatan hingga kau semakin jauh daripada aku maaf kan aku sayang aku amat merindukan kamu .





Mendisiplinkan Diri


1.tetapkan matlamat realistik

   2.Fokus terhadap cara pencapaian matlamat anda.

               3.Tulis matlamat anda dan jika boleh, lekatkannya di tempat yang sesuai.

      4.Ambil langkah-langkah untuk mencapai matlamat anda.

                      5.Anda boleh "enjoy" sedikit tetapi jangan biarkannya membantut pencapaian matlamat anda.

                            6.Kaji perkembangan pencapaian matlamat dan hapuskan sebarang kelemahan yang wujud.

7.Jadikan moto "Saya Boleh" sebagai prinsip hidup anda.

Thursday, 9 May 2013

Mengharap mereka adalah kawan dan sahabat selamanya

Sahabat 
Sahabat adalah orang yang memiliki rasa tanggungjawab terhadap diri kita, tetapi tidak memiliki hubungan darah. Dalam erti kata lain, sahabat bukan terdiri daripada adik-beradik tetapi berupaya mewujudkan hubungan yang mirip hubungan persaudaraan antara adik-beradik. Sahabat adalah orang yang banyak memberi manfaat dan kebaikan kepada kita, dan kita juga begitu.

Sahabat adalah seorang yang setiakawan, boleh membantu apabila kita berada di dalam kesusahan, meredakan kesedihan ,menghilangkan kebimbangan dan sanggup berjuang demi kebaikan kita. Sahabat adalah orang yang mampu menyimpan rahsia dan keaiban kita. Mereka akan sentiasa melindungi kita.

Sahabat tidak semestinya memiliki minat atau pendapat yang sama dengan kita, tetapi mereka akan sentiasa ada apabila kita memerlukannya. Sahabat adalah orang yang membuatkan berasa selamat apabila mereka ada bersama-sama, sebab mereka adalah orang yang sangat setiakawan. Sahabat adalah orang-orang yang sangat menyayangi kita.

Sahabat kadangkala adalah penjaga, pelindung dan semangat mereka akan sentiasa ada bersama kita.

Kawan 
Kawan ialah seorang yang boleh berkongsi lebih dari satu perkara seperti minat, hobi, perasaan, perjuangan dan sebagainya biarpun bukan dari organisasi yang sama. Kawan ialah orang yang selalu berinteraksi dengan kita dan mengenali beberapa fakta peribadi mengenainya.

Kami selalu memiliki masa untuk bersama, bergembira, berseronok dan sebagainya. Kawan biasanya terjadi apabila seseorang itu menemui individu yang lain, yang memiliki persamaan seperti hobi, minat, sikap, tabiat dan pemikiran yang sama dengan dirinya. Kita selalunya berasa seronok dan terhibur apabila berada bersama-sama kawan .

Kawan mungkin boleh berkongsi kesedihan dan kegembiraan, tetapi mereka selalunya tidak akan pergi lebih jauh daripada itu. Malah, sekiranya tidak sependapat, hubungan kawan mungkin boleh terputus.


r