Remaja lari dari rumah, saban hari kita dah dimuakkan dengan kes seperti itu. Sebahagian besarnya adalah remaja perempuan yang lari mengikut teman lelaki dan kebanyakkannya adalah pelajar-pelajar belasan tahun yang masih bersekolah. Itu belum lagi kahwin lari dengan warga asing dari Indonesia dan Bangladesh. Sanggup tinggalkan keluarga dan Negara Malaysia yang indah ni, menuju ke penghidupan di sebuah Negara yang miskin papa kedana semata-mata cinta kononnya. Tapi biasanya tidak lama kerana pasti akan berakhir dengan kesengsaraan dan kepayahan hidup. Akhirnya minta bantuan keluarga untuk membantu mereka balik semula ke Malaysia. Cinta konon!!
Apa yang tak kena dengan anak-anak perempuan kita sekarang ni? Tak cukup ibu bapa bagi makan ke? Tak cukup pakai dan kesenangan lagi ke? Nak kasih sayang yang macam mana lagi? Kadang-kadang remaja yang terlibat ada yang berasal dari keluarga yang berada dan mempuyai nilai agama yang tinggi.
Ibu mengandungkan mereka selama 9 bulan 10 hari, ayah membanting tulang mencari rezeki untuk membesarkan mereka. Ibu bapa sayangkan anak mereka sampai nyamuk nak gigit pun tak boleh.. Itu belum lagi pengorbanan yang sabar dalam membesar,membela dan menjaga ketika sakit. Tapi bila dah besar, dah pandai, dah cantik, dah pandai bercinta…pengorbanan ibu bapa dipersiakan. Kepayahan ibu bapa membesar dan menjaga mereka telah dilupakan. Hanya kerana mengejar dan ingin membuktikan perasaan kasih sayang dan cinta kepada ntah jantan mana yang baru dikenali setahun dua. Yang lebih dasyat dan bikin panas hati, boleh pulak kata lari kerana tidak tahan lagi dengan kekangan disebabkan ibubapanya yang sentiasa menegur dan memarahi setiap perbuatanya. Kalau dah benda yang kau buat tu salah dan berdosa atau boleh membawa kepada perkara yang tak baik, takkanlah mak bapak kau nak biarkan. Semuanya atas alasan tidak bebas dan terkongkong. Nak bebas macam mana lagi, adakah bebas tu bermaksud kau boleh tidur dirumah boyfriend, boleh keluar malam-malam lepak sana sini, boleh berpeluk jantan sana jantan sini, boleh merayau-rayau tak tentu arah di pekan-pekan atau Bandar? Boleh masuk pub-pub?
Sudah banyak kejadian yang berakhir dengan tragedi pelacuran dan penganiayaan lain di dada-dada akhbar. Tapi mereka tidak ambil pun itu sebagai tauladan dan panduan. Kesetiaan, perasaan sayang dan kepercayaan kepada teman lelaki mengatasi segalanya. Tidak ada yang dapat memisahkan cinta mereka kononya, sehingga sanggup mengikut teman lelaki melarikan diri. Kalau berkekalan bahagia ok lah jugak, tapi baru sebulan dua dah merintih minta bantuan keluarga mengambil mereka pulang sebab dah tak tahan lagi. Kecil-kecil ibu bapa dah bersusah payah membela korang jadi insan yang berguna. Kalau ibu bapa yang memang orang senang tu lainlah jugak. Bagaimana ibu bapa yang ada anak sampai berbelas-belas orang tapi hanya seorang nelayan Cuma mengharapkan rezeki dilaut. Tapi masih mampu menyekolahkan anak-anaknya. Sebaliknya bila anak dah besar, bukan menyenangkan, malah menambah pulak lagi masalah dan memalit malu ke muka mereka
No comments:
Post a Comment