Pelancaran
Pesta Buku Utara 2013
Sintok : Pesta Buku Utara 2013 kali yang ketiga
dengan tema “ Cintailah Buku Cintai Ilmu “ sempena program jelajah buku ilmiah
telah dijalankan pada 10 hingga 16 Mac bertempat di Perpustakaan Sultanah
Bahiyah Universiti Utara Malaysia di bawah anjuran UUM Press dengan kerjasama
Majlis Penerbitan Ilmiah Malaysia (MAPIM) , Majlis Buku Kebangsaan Malaysia
(MBKM) dan Persatuan Penerbit Buku Malaysia (MABOPA).
Pesta Buku Utara 2013 ini telah dirasmikan oleh Naib
Canselor (UUM) pada 11 Mac 2013, sekaligus melancarkan 22 buah buku baru
terbitan UUM Press turut hadir pada Majlis Perasmian tersebut ialah Kasim
Thukiman pengerusi jawatankuasa
pemasaran (MAPIM), Zulhakim Sanip wakil
penerbit buku Malaysia (MABOPA) dan pelajar-pelajar Universiti Utara Malaysia.
Pesta Buku Utara 2013 yang telah berlangsung salama
enam hari ini melibatkan 38 gerai pempamer antaranya ialah Galeri Ilmu Sdn Bhd, Art Square Creation Sdn Bhd ,
E-Media Publication Sdn Bhd , Penerbit IPTA dan Fajar Ulung Sdn Bhd.
Antara pengisian Pesta buku yang telah dianjurkan
pada tahun ini adalah hari bertemu pelanggan Perpustakaan Sultanah Bahiyah ,
Klinik perundingan bersama pengarang , library info hunt, kuiz online,
pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, puppet show, senamrobik, pertandingan
bercerita, choral speaking competition dan program motivasi dari sekolah ke
IPTA.
No comments:
Post a Comment